Monday, January 12, 2015

5 Tips Pemasaran Online Media Sosial yg Berkesan utk Bisnis Anda

John Rampton, penulis untuk majalah Entrepreneur telah menulis tentang 5 tips untuk meningkatkan pemasaran produk melalui media sosial. Rasa rugi jika tidak berkongsi dengan pembaca Wang Cyber akan ilmu yang beliau tuliskan. Di bawah ini adalah idea tersebut dengan sedikit pengubahsuaian untuk bacaan kita di Malaysia.


1. Berkongsi Pada Masa Yang Tepat/ Sesuai

Masa yang tepat untuk berkongsi maklumat samada melalui pinging blog post, sekadar posting di facebook dan sebagainya adalah tidak menentu. Namun, berdasarkan statistik di Malaysia, masa terbaik adalah dalam lingkungan di bawah ini:


6-8am: Selepas waktu solat subuh, sebelum masa pejabat bermula.
11.30-1PM: Masa makan tengahari. Meskipun, ada yang lunch sampai jam 2PM, posting lebih awal lebih baik.
5-5.30PM: Sebelum balik daripada pejabat.
7.30-10PM: Masa menonton berita dan keatas. Waktu ini dikira sebagai waktu perdana.
Bagi yang bergiat aktif dengan pasaran Barat pula, ini adalah waktu untuk luar negara:
9-11am untuk Google+, 1-3PM untuk Twitter, 1-4PM untuk Facebook, 7-10PM untuk Tumblr, 5-6PM untuk Instagram dan 8-11PM untuk Pinterest.


Berdasarkan statistik, golongan wanita cenderung untuk bergiat aktif dengan Facebook, Instagram dan Pinterest pada waktu malam. Dianggarkan antara 10-11PM adalah masa yang sesuai untuk berkongsi post anda di mana-mana medium media sosial. Untuk laman web ecommerce, waktu terbaik adalah pada malam Hari Khamis berbanding hari-hari yang lain.


Seperti yang anda tahu, mengetahui waktu-waktu ini penting untuk mendapatkan pendedahan yang lebih untuk perkongsian kita. Dengan itu kita boleh menjana lebih trafik berbanding berkongsi pada waktu-waktu yang tidak aktif.


2. Kembangkan Senarai Email Anda

Pemasaran melalui email adalah kunci kepada penjanaan wang yang banyak untuk jualan produk. Tidak kira ianya untuk affiliate atau produk sendiri, pemasaran email adalah teknik terbaik dan terpantas untuk melakukan jualan dalam skala besar.


Berdasarkan statistik pada 2012, 91% pengguna menyemak email mereka setiap hari. Didapati bahawa email merupakan saluran utama mereka untuk berkomunikasi secara professional.


Oleh yang demikian, digalakkan untuk anda memperbesarkan lagi database senarai email anda. Mungkin juga menyaring senarai email lama bagi membuang email yang tidak aktif daripada senarai anda. Anda boleh gunakan platform squeeze biasa untuk web dan aplikasi seperti FB Viralism dan sebagainya untuk Facebook. Tawarkan intensif menarik untuk menyertai senarai email anda.


3. Lakukan Ujian A/B (Split Testing)

Lakukan split testing untuk mengetahui apa yang disukai oleh orang ramai. Dengan mengetahui apa yang pengguna suka, anda boleh membuat penawaran produk melalui squeeze page terbaik, iklan terbaik dan sebagainya.


GetResponse boleh digunakan untuk melakukan ujian semasa berurusan dengan pelaanggan melalui email. Optimizely pula sesuai untuk landing page dan squeeze page. Jika tidak silap, software tracking ada diperkenalkan oleh Gobala Krishnan daripada Ashadee untuk membantu proses tracking. Anda boleh menyemaknya di laman web beliau.


4. Hantar Maklumat Yang Sesuai Di Saluran Yang Betul

Setiap laman media sosial memiliki tujuan dan audience yang tersendiri. Memahami perkara ini boleh membantu anda melakukan pemasaran dengan lebih mudah. Sebagai contoh, Pinterest tidak sesuai untuk firma undang-undang.


Penulis HootSuite, LePage menjelaskan bahawa pengguna Twitter lebih menyukai gambar, Facebook juga sama dan amat mementingkan benda yang boleh di”LIKE” dan pengguna Google+ lebih kepada jenama. Untuk pasaran Malaysia, penggunaan unsur lawak/ kelakar adalah antara kunci utama.


Uji platform mana yang mendapat respon daripada prospek anda. Di Barat, didapati bahawa golongan wanita cenderung memilih Pinterest, Instagram dan Facebook, manakala lelaki lebih keapda Twitter dan Google+. Di Malaysia, statistiknya agak sukar, namun rasanya Facebook masih lagi menguasai pengguna berbanding media sosial yang lain.


5. Jangan Terlalu Bergantung Kepada Strategi Organik

Strategi organik adalah di mana anda hanya menggunakan sumber trafik perrcuma sahaja utnuk perkongsian maklumat/ artikel/ post anda.


Sekali-sekala, anda boleh memilih program PPC untuk pemasaran anda. Nuffnang, Advertlets adalah contoh program PPC di Malaysia. Untuk pasaran lebih luas, anda boleh mempertimbangkan Google Adwords. Lagipun, anda hanya perlu membayar Google Adwords apabila terdapat klik sahaja.


Selain itu, Twitter dan Facebook menawarkan pilihan untuk beriklan. Begitu juga untuk YouTube dan Reddit. Kelebihan iklan-iklan ini adalah mereka agak targeted, di mana iklan yang dipaparkan adalah untuk mereka yang berminat dengan topik iklan.


Apabila anda membayar untuk membesarkan lagi pendedahan anda, anda meluaskan lagi jangkauan anda ke luar konuniti semasa dengan cara yang cepat dan berkesan. Meskipun strategi organik kelihatan hebat, penggunaan strategi berbayar tidak akan merugikan anda, dengan syarat, anda tahu apa yang anda lakukan.


Sekian, itu sahaja tips untuk kali ini. Jika bermanfaat, jangan lupa untuk share dengan kawan-kawan!
Semoga berjaya.. 5 Tips Pemasaran Online Media Sosial yg Berkesan utk Bisnis Anda


sumber >> http://www.wangcyber.com/5-tips-pema...#ixzz3OaTGo2MY

Blog Archive